PROFIL
   
 
 
  Pengenalan  
 
Latar Belakang Green Wealth

Green Wealth Resources telah didaftarkan pada Januari 2009 dengan aktiviti utamanya iaitu pengurusan pinjaman peribadi dan pinjaman perniagaan melalui pinjaman koperasi dan institusi perbankan yang diuruskan oleh pihak syarikat dan ejen-ejen yang dilantik. Selain itu, Green Wealth Resources juga mendaftarkan perniagaan jual dan beli barang kemas berasaskan emas. Green Wealth Resources juga turut mempunyai kepakaran dalam menghasilkan produk dan ukiran (patern) barang kemas 999 dan 916.

Green Wealth Gold mula diilhamkan oleh pengasas (Munir 'Irfan Ramlee) sebagai 'Branding' pada Februari 2010 dengan mengetengahkan dan menghidupkan semula "Emas 10" yang sinonim pada zaman dahulu atau barang kemas yang mempunyai ketulenan 999 (24k) melalui sistem jualan menggunakan sistem ejen dan pembelian melalui sistem internet, sesuai dengan arus pemodenan dan trend alaf baru. GreenWealthGold bukan sahaja menjual dan membeli emas, tetapi menerapkan nilai ilmu, kesepakatan dan servis diantara pihak syarikat dan pembeli tentang emas sebagai aset mampu milik dan terbaik.

...............................................................................................................................................................
Misi dan Visi Green Wealth
  • Menghidupkan semula semangat emas dikalangan umat islam khasnya dan seluruh rakyat Malaysia.
  • Menjana ekonomi masyarakat dan ummah.
  • Menawarkan pembelian aset dengan nilai mampu milik dan selamat.
  • Memberi khidmat nasihat yang terbaik, berkongsi dan menyebarkan ilmu tentang emas kepada pelanggan.
...............................................................................................................................................................
Info dan Perkhidmatan
  • Green Wealth Gold tidak terlibat atau menawarkan sebarang program atau skim cepat kaya yang menyalahi undang-undang. Kami hanya membeli dan menjual emas dengan harga diskaun mampu milik.
  • Kami juga menawarkan servis khidmat nasihat cara yang betul untuk pelanggan yang berminat untuk memiliki emas sebagai aset.
  • Dapatkan info harga emas dan produk semasa kami dari ejen atau wakil sah yang telah dilantik.
 
 
 
 
.........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
 
 
Green Wealth
 
© Green Wealth Resources, 2011. Design by CP.
 
GW facebook
 

 

GW facebook